Wednesday, May 8, 2013

Pavlova




Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )



  • 4 biji putih telor ayam
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • bahan-bahan topping :
  • Secawan @ 250 ml whipping cream
  • hiasan : saya guna anggur n mangga

Cara-cara

  1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah
  2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius
  3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
  4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
  5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
  6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
  7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
  8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
  9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
  10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
  11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
  12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
  13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
  14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..

Sunday, April 7, 2013

Ayam Goreng Serai


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)


puding Cocktail


Bahan-bahan 

  • Bahan utk Puding:
  • * 1paket tepung kastad (Bird 300grm) 2sudu gula pasir 1 ltr air masak 2 sdu susu sejat
  • Bahan utk kuah :
  • ** 1 tin susu sejat F n N 5 sudu gula pasir 500ml air masak 1 tin buah-buahan koktel
  • [ Hidangan yang enak bergantung pada bahan dan kreativiti memasak.]

Cara-cara

  1. Panaskan periuk. 
  2. Masukkan tepung kastad, susu sejat, gula, dan air.Kacau hingga sebati. (Air dimasukkan sedikit2.jika keras, boleh ditambah lgi air dan sebaliknya.
  3. Adunan perlu sentiasa dikacau dan menggunakan api yang kecil sahaja). Setelah adunan betul-betul masak, angkat dan tuangkan dalam loyang atau acuan. sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Panaskan periuk.
  5. Masukkan susu sejat,gula, dan air.Kacau hingga sebati. (Gunakan api yang kecil sahaja.air boleh dikurangkan jika mahu lebih rasa susu). 
  6. Setelah 5-7 minit, angkat dan campurkan buahan koktel.Kacau sedikit dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Hidangkan puding beserta kuah susu yang diletak air batu.


Udang Masak Lemak


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg udang galah, dibersihkan
  • 10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah dua
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak2
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Belacan sebesar ibu jari

Cara-Cara :

1.  Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api   perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.

  1. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
  2. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
  3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.




Pecal


Bahan-bahan ( untuk 5 orang makan )

  • 1 biji sengkuang 
  • 1 ikat kangkung dicelur dan potong pendek-pendek
  • 1 batang timun 
  • 30sen taugeh dicelur
  • 1/2 biji nanas dipotong kecil-kecil
  • 3 keping tauhu digoreng dan potong nipis
  • Bahan kuah
  • 2 inci belacan dibakar atau goreng
  • 50 sen cili kering digoreng
  • 50 sen bawang merah india digoreng sebiji-sebiji
  • RM1.00 kacang tanah digoreng
  • Air Gula melaka ikut suka kemanisan

Cara-cara

  1. Bahan kuah kacang dicampur kesemua ke dalam blender bersama sedikit air asam jawa serta minyak yang digunakan utk goreng bawang. 
  2. Sudah siap kuah kacangnya. Tak perlu di masak.
  3. Masukkan timun, nanas,sengkuang, taugeh, kangkung serta tahu dalam satu bekas dan balik-balikkkan. 
  4. Sendukkan kedalam pinggan serta dituangkan kuah kacangnya.