Thursday, August 16, 2012

Tart Gulung Geebu

Jom Share Resepi Tart...



Bahan-bahan ( 150 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 300g tepung gandum
  • 150g tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard (aq letak tepung ubi, bg lg gebu)
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 250 g Butter (Nak Letak Margerin pom Bley)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula
  • BAHAN UNTUK Filling @ Inti JEM NENAS:
  • 3 biji nenas
  • 200g gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan (Aq Tak Letak)
  • Secubit Garam
  •  

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven.
  6.  Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar.
  7. Jangan Lupa yerrr, sapukan kuning telo d atas nya. supaya tak kelihatan pucat lesi.
  8.  Ulangi sehingga habis.
  9. Bakar pada suhu 150C sehingga 20 minit sehingga masak (gergantung pada oven anda)
  10. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  11. Parut nenas dan jangan dibuang airnya (aq juz blander je tanpa menggunakan air, sebab nenas tu dah berair)
  12.  Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  13. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  14. Kacau tanpa henti hingga likat.
  15.  Angkat dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment